Posts

HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN

Image
  HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN Di Pulau Tioman ni saya menginap  di  Berjaya Tioman Resort . Boleh baca entry berikutnya nanti, detail sikit saya share di situ mengenai penginapan di sini dan juga aktiviti selama 3H2M di Pulau Tioman ni. Hotel dan resort di sini kebanyakkan tertumpu di kawawan sekitar Kampung Genting Kampung Paya  Kampung Tekek Kampung Air Batang Kampung Salang Kampung Juara  Rasanya ramai suka menginap di area Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Juara. Kampung Juara pun jadi pilihan sebab pantainya yang cantik. Cuma perlu tambah kos untuk ke resort dari jeti Tekek. Lokasi mana pun yang di pilih, kena buat tempahan awal untuk elak bilik penuh terutamanya peak season dan resort/chalet yang lokasi dan view yang cantik. Sebelum decide dan booking mana-mana resort/chalet, baca la dulu review atau komen bagi setiap resort tu. Untuk booking resort atau chalet di sini, cara paling mudah adalah melalui tempahan online. Bagi resort atau chalet ...

TRANSPORT KE PULAU TIOMAN

Image
  TRANSPORT KE PULAU TIOMAN Ada 1 pilihan sahaja untuk ke sini iaitu dengan feri.  Dulu ada pilihan ke-dua iaitu mengambil penerbangan Berjaya Air dari Subang Airport ke Pulau Tioman. Kapal terbang kecil yang hanya memuatkan bebrapa orang sahaja, dan tambang penerbangan memang boleh tahan.  Tapi mulai 2014, penerbangan dah ditangguhkan/dihentikan sementara. (suspended).  Jadi pilihan dengan feri sahaja yang tinggal, sama ada dari jeti di  Mersing  atau  Kuala Rompin . PENGALAMAN SAYA Saya bersama rakan-rakan saya pilih naik feri  dari Jeti Tanjung Gemok  sebab Jet Tanjung Gemok kurang  crowded. Jeti Mersing agak crowded sebab ramai yang suka ambil feri dari sini terutamanya pelancong Singapore. Lebih selesa untuk berehat sementara menunggu feri bertolak ke Pulau Tioman. Dikatakan feri dari Tanjung Gemok jarang berubah jadual kerana air di situ tinggi manakala di Mersing kadang kala jadual berubah. Air cetek, feri tak boleh berlepas....

PERBEZAAN PULAU TIOMAN DENGAN PULAU LAIN

Image
Mana lagi menarik? Pulau Perhentian, Pulau Rendang atau Pulau Tioman? Sebenarnya sangat subjektif nak kata mana yang paling best.   Ada orang faktor utama pemilihan mereka adalah keindahan pantai, ada faktor utama nak mencari ketenangan dan ada pula aktiviti snorkeling/scuba diving yang jadi faktor penentu. Jika faktor snorkeling jadi faktor utama, kena tengok juga nak bersnorkeling bersama keluarga (dengan anak-anak kecil) atau hanya oranag dewasa. Dan juga tengok juha dah biasa snorkeling atau baru nak mencuba. Macam saya, kalau ke pulau ni hanya nak menikmati ketenangan dan keseronokan snorkeling. Beberapa tahun dulu, ke Pulau Pangkor dan ber-snorkleling. Pengalaman dan keseronokkan, okey lah Beberapa kali dah ke Kota Kinabalu, ada 2 kali buat trip snorkeling ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamuntik. Balik dari KK, terus terasa bestnya pulau-pulau di Sabah ni (compare dengan P. Pangkor). Saya ke Pulau Perhentian pula, terus terpikat dengan ketenangan dan suasana Pulau Perhentian...

MASA YANG SESUAI KE PULAU TIOMAN

Image
Bilakah Masa Yang Paling Sesuai Bercuti Di Pulau Tioman?  Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Tioman akan ditutup dari Disember sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun. Sama seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ada yang dah start tutup mulai November. Tempahan bilik biasanya akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac. Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet. Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat.  Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll).  Musim paling best dan terbaik ke Pulau Tioman ni adalah pada bulan April - September. Biasanya May- September, adalah bulan paling sibuk. Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun, kerana permintaan agak kurang memandangkan musim hujan sudah hampir tiba. Awal Mac pula, biasanya musim t...

PENGENALAN PULAU TIOMAN

Image
MARI MENGENALI PULAU TIOMAN Terletak di daerah Rompin, Pahang. Merupakan antara 3 buah pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian-pulau di negeri Semenanjung. Bukan sahaja menjadi pengunjung tempatan, malah pelancong luar negara juga suka bercuti di sini.  Sering menjadi pilihan pengunjung selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang.  Pulau terbesar di antara 3 pulau pilihan (Perhentian, Redang dan Tioman) Pernah dikatakan dan dinobatkan antara pulau-pulau yang tercantik didunia sewaktu waktu dahulu. Menjadi tarikan kerana keindahan pantai dan kejernihan air lautnya disamping kepelbagaian hidupan laut dan batu karang (coral) yang cukup cantik. Khusus untuk peminat snorkeling.  Bila sebut salah satu pulau ini (Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' Percutian ke Pulau Tioman ni sangat sesuai untuk semua tak kiralah ia percutian bersama kelua...