MASA YANG SESUAI KE PULAU TIOMAN




Bilakah Masa Yang Paling Sesuai Bercuti Di Pulau Tioman?


  •  Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Tioman akan ditutup dari Disember sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun. Sama seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ada yang dah start tutup mulai November.
  • Tempahan bilik biasanya akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac. Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet.
  • Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat.  Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). 
  • Musim paling best dan terbaik ke Pulau Tioman ni adalah pada bulan April - September.
  • Biasanya May- September, adalah bulan paling sibuk.
  • Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun, kerana permintaan agak kurang memandangkan musim hujan sudah hampir tiba.
  • Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda/. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
  • Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
  • Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib kita tak berapa baik la.


👆🏻Berikut adalah tips untuk pergi ke PULAU TIOMAN

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PULAU TIOMAN

HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN