PENGENALAN PULAU TIOMAN


MARI MENGENALI PULAU TIOMAN











  • Terletak di daerah Rompin, Pahang.
  • Merupakan antara 3 buah pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian-pulau di negeri Semenanjung.
  • Bukan sahaja menjadi pengunjung tempatan, malah pelancong luar negara juga suka bercuti di sini.
  •  Sering menjadi pilihan pengunjung selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
  •  Pulau terbesar di antara 3 pulau pilihan (Perhentian, Redang dan Tioman)
  • Pernah dikatakan dan dinobatkan antara pulau-pulau yang tercantik didunia sewaktu waktu dahulu.
  • Menjadi tarikan kerana keindahan pantai dan kejernihan air lautnya disamping kepelbagaian hidupan laut dan batu karang (coral) yang cukup cantik. Khusus untuk peminat snorkeling.
  •  Bila sebut salah satu pulau ini (Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih'
  • Percutian ke Pulau Tioman ni sangat sesuai untuk semua tak kiralah ia percutian bersama keluarga, family trip, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian honeymoon. 
  • Nak buat team building atau motivasi pun tak ada masalah, pelbagai pakej boleh dipilih dari pihak yang sediakan.






ASAL USUL NAMA PULAU TIOMAN


 Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia(Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.

Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.




PENDUDUK PULAU TIOMAN

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.

Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang. 

Seorang pelancong Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.

Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.

Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Pahang lawan bahasa Darat, dialek yang dituturkan di pulau Tioman mirip dengan bahasa melayu kepulauan Riau Indonesia yang dituturkan di Pulau Natuna dan Anambas yang berhampiran. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.

Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.

Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.

Di Pulau Tioman terdapat sistem tadahan air hujan semulajadi dimana di gunakan di beberapa buah kg di sana. Kebanyakan rumah menggunakan air bukit untuk kegunaan harian. erdapat juga beberapa batang anak sungai.



Comments

Popular posts from this blog

MASA YANG SESUAI KE PULAU TIOMAN

HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN