PERBEZAAN PULAU TIOMAN DENGAN PULAU LAIN
Mana lagi menarik? Pulau Perhentian, Pulau Rendang atau Pulau Tioman?
- Sebenarnya sangat subjektif nak kata mana yang paling best.
- Ada orang faktor utama pemilihan mereka adalah keindahan pantai, ada faktor utama nak mencari ketenangan dan ada pula aktiviti snorkeling/scuba diving yang jadi faktor penentu.
- Jika faktor snorkeling jadi faktor utama, kena tengok juga nak bersnorkeling bersama keluarga (dengan anak-anak kecil) atau hanya oranag dewasa. Dan juga tengok juha dah biasa snorkeling atau baru nak mencuba.
- Macam saya, kalau ke pulau ni hanya nak menikmati ketenangan dan keseronokan snorkeling.
- Beberapa tahun dulu, ke Pulau Pangkor dan ber-snorkleling. Pengalaman dan keseronokkan, okey lah
- Beberapa kali dah ke Kota Kinabalu, ada 2 kali buat trip snorkeling ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamuntik. Balik dari KK, terus terasa bestnya pulau-pulau di Sabah ni (compare dengan P. Pangkor).
- Saya ke Pulau Perhentian pula, terus terpikat dengan ketenangan dan suasana Pulau Perhentian. Best, lagi-lagi dapat bersnorkeling dengan anak-anak di sini.
- Tahun lepas Saya ke Pulau Redang pula, pun lebih kurang sama macam Pulau Perhentian. Tapi yang paling best, bila bersnorkeling di laut dalam dan sesi snorkeling dengan penyu. Memang best pengalaman ni.
- Dan baru-baru ni ke Pulau Tioman pula, Saya terus jatuh cinta dengan kecantikan batu karangnya dan ikan-ikan yang cukup banyak dan cantik. Mungkin sebab sesi kami di laut dalam dan lokasi yang dipilih memang terbaik.
PULAU PERHENTIAN
- Masa saya nak ke Pulau Perhentian dulu, soalan ni juga yang saya cari jawapan sama ada Perhentian atau Redang atau Tioman.
- Waktu tu saya nak pilih antara 3 pulau ni yang mana paling sesuai bawa anak-anak bercuti dan aktiviti utama untuk bersnorkeling. Dan tujuan ber-snorkeling ni bagi sikit water-confident kepada anak-anak.
- Dan akhirnya saya pilih Pulau Perhentian sebab
- Kos percutian 'nampak' lebih murah. Kawan-kawan kata kos percutian (makan dll) lebih mahal jika ke Pulau Redang.
- Pilihan hotel resort/ chalet lebih banyak
- Nak makan agak banyak pilihan
- Tempat snorkeling banyak yang sesuai untuk anak-anak.
- Anak-anak memang happy gila 3H2M di Pulau Perhentian, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
- Balik dari situ, terus pasang niat nak datang lagi. seronok.
PULAU REDANG
- Saya ke Pulau Redang dengan rakan-rakan sepejabat..
- Sebenarnya Pulau Redang ni dipilih dari beberapa pulau lain (Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Rawa).
- Faktor utama kami dapat harga pakej yang sangat menarik dan juga Pulau Redang adalah pulau yang paling dekat dari Kuala Lumpur jika dibandingkan di antara ketiga-tiga buah pulau ni.
- Package 3H2M cukup 'baik' dan menarik dari Laguna Redang Island Resort. So menginap di sini lah.
- Dan balik dari Pulau Redang ni, rasa lebih seronok pulak Pulau Redang ni berbanding Pulau Perhentian. Sebabnya.... (semua sebab snorkeling)
- Snokeling depan resort kami tu sangat best, coral cantik dan siap boleh kejar anak ikan yu.
- Snokeling di laut dalam pulak, betul-betul best. Ikan terlalu banyak dan pelbagai.
- Sessi snorkeling mencari penyu sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita. Tak macam kat Pulau Perhentian di 'Turtle Point', masa Saya ke situ penyu semuanya 'malu'... semuanya 'melepak' di dasar laut.
- Bersantai di snorkeling di Marine Park Redang pun best.
- Saya rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling keutamaan utama, tapi dengan syarat tak bawa anak-anak kecil.
PULAU TIOMAN
- Saya ke Pulau Tioman juga dengan rakan-rakan sepejabat..
- Sebenarnya Pulau RedangTioman dipilih antara Perhentian atau Tioman.
- So kami decide Tioman.
- Pakej 3H2M dari Berjaya Tioman Resort pilihan kami. Nanti Mat Drat share juga (ala-ala review utk pakej Berjaya Tioman Resort ni).
- Dan balik dari sini, rasa lebih seronok pulak Pulau Tioman ni berbanding Pulau Redang.
- Sessi snokeling dilaut dalam sangat memuaskan hati apabila hidupan laut (ikan-ikan) memang banyak dan 'cantik-cantik'
- Sessi snorkeling di tepi pantai yang terletak disebuah pulau yang lebih kurang 45 minit dari Pulau Tioman, sangat memuaskan hati dengan keindahan coral.
- Tapi nak ingatkan, sessi snorkeling kami memang agak mencabar. Agak tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sessi snorkeling di pantai pulau tu pun memerlukan kekuatan, kerana kami perlu berenang ke pantai dari bot.
- Saya tak tahu suasana dan keadaan lokasi snorkeling lain di sini.
KESIMPULANNYA
- Berdasarkan pengalaman Saya, untuk percutian family terutamanya dengan kanak-kanak, Pulau Perhentian dan Pulau Redang lebih sesuai.
- Pulau Tioman, jika ingin kepuasan ber'snorkeling', sini pilihan utama Saya.
- Jangan lupa, ambil kira juga faktor masa perjalanan ke jeti dan juga masa menaiki bot/feri ke pulau-pulau tersebut.
- Pulau Perhentian, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kuala Besut,.
- Pulau Redang pula di jeti Shahbandar Kuala Terengganu.
- Pulau Tioman pula di jeti Tanjung Gemuk, Rompin ataupun jeti Mersing.
- So pilih la pulau yang sesuai dengan jiwa dan minat serta peserta atau ahli keluarga.
Comments
Post a Comment