HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN
HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN
Di Pulau Tioman ni saya menginap di Berjaya Tioman Resort.
Boleh baca entry berikutnya nanti, detail sikit saya share di situ mengenai penginapan di sini dan juga aktiviti selama 3H2M di Pulau Tioman ni.
Hotel dan resort di sini kebanyakkan tertumpu di kawawan sekitar
- Kampung Genting
- Kampung Paya
- Kampung Tekek
- Kampung Air Batang
- Kampung Salang
- Kampung Juara
Rasanya ramai suka menginap di area Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Juara.
Kampung Juara pun jadi pilihan sebab pantainya yang cantik. Cuma perlu tambah kos untuk ke resort dari jeti Tekek.
Lokasi mana pun yang di pilih, kena buat tempahan awal untuk elak bilik penuh terutamanya peak season dan resort/chalet yang lokasi dan view yang cantik.
Sebelum decide dan booking mana-mana resort/chalet, baca la dulu review atau komen bagi setiap resort tu.
Untuk booking resort atau chalet di sini, cara paling mudah adalah melalui tempahan online. Bagi resort atau chalet yang tiada tempahan secara online, perlu hubungi pihak resort/chalet untuk tempahan.
1. Snorkeling / Snorkel
2. Scuba diving
3. Beriadah di pantai
4. Menikmati Keindahan Sunset
5. Mencerap Bintang
6. Island Hoping
7. Berbasikal / Motorsikal mengelilingi kampung
8. Jungle Trekking
9. Mendaki Gunung
10. Air Terjun Asah
11. Bermain Golf
12. Membeli di Kedai Bebas Cukai
Snorkeling di Pulau Tulai |
![]() |
Snorkeling di pantai Pulau Tulai |
![]() |
Aktivit : Riadah Pantai |
![]() |
Aktivit : Berkayak |
![]() |
Sewaktu melayan sunset sambil berkayak di Pulau Perhentian dahulu |
![]() |
Aktiviti : Layan sunset |
![]() |
Aktiviti : Mencerap bintang |
![]() | ||
Sewa motor dan ronda kampung
|
![]() |
Aktiviti : Ke kedai Bebas Cukai (Tapi harga tak murah sangat berbanding langkawi) |
![]() |
Aktiviti : Golf |
- Setiap kampung lokasi utama resort dan chalet, ada beberapa kedai makan.
- Di resort-resort tertentu pun ada disediakan cafe atau restoran, cuma perlu bayar harga resort la.
- Harga makanan / minuman kat sini mahal sikit je dari kat tanah besar je. Contoh macam harga nasi goreng, dalam RM8-RM10.
![]() |
Di Tekek River Walk, banyak kedai makan |
![]() |
Tekek River Walk |
![]() |
Antara kedai makan di Tekek River Walk |
![]() |
Harga di sini. Semua kedai lebih kurang. |
- Bagi yang nak bergerak (perlu bergerak) boleh sewa motorsikal di sini.
- Berhampiran resort tertentu, biasanya ada kaunter sewa motorsikal
- Di Kampung Tekek pun ada beberapa tempat sewa motorsikal
- Cek kondisi motorsikal dahulu
- Jangan bawa laju-laju tempat orang, ni kawasan kampung
- Bagi yang sewa motorsikal nak ke Kampung Juara, hati-hati sebab perlu melalui jalan berbukit tinggi.
- Yang tak pernah bawa skuter, elakkan sewa skuter lagi-lagi kalau perlu jalan berbukit.
![]() |
Kadar sewa motorsikal |
Comments
Post a Comment