TRANSPORT KE PULAU TIOMAN

 

TRANSPORT KE PULAU TIOMAN


Ada 1 pilihan sahaja untuk ke sini iaitu dengan feri. 

Dulu ada pilihan ke-dua iaitu mengambil penerbangan Berjaya Air dari Subang Airport ke Pulau Tioman. Kapal terbang kecil yang hanya memuatkan bebrapa orang sahaja, dan tambang penerbangan memang boleh tahan. 

Tapi mulai 2014, penerbangan dah ditangguhkan/dihentikan sementara. (suspended). 

Jadi pilihan dengan feri sahaja yang tinggal, sama ada dari jeti di Mersing atau Kuala Rompin.




PENGALAMAN SAYA


Saya bersama rakan-rakan saya pilih naik feri dari Jeti Tanjung Gemok sebab

  • Jet Tanjung Gemok kurang crowded. Jeti Mersing agak crowded sebab ramai yang suka ambil feri dari sini terutamanya pelancong Singapore.
  • Lebih selesa untuk berehat sementara menunggu feri bertolak ke Pulau Tioman.
  • Dikatakan feri dari Tanjung Gemok jarang berubah jadual kerana air di situ tinggi manakala di Mersing kadang kala jadual berubah. Air cetek, feri tak boleh berlepas.


Dan balik pula naik feri dari Pulau Tioman ke Jeti Mersing

  • Nak rasa la pulak suasana Jeti Mersing
  • Pilihan nak makan tengah hari lebih banyak. Maklumlah sampai sini dah tengah hari dan perut pasti lapar.
  • Boleh singgah beli buah tangan (kropok lekor di sini)
Saya dan rakan-rakan saya boleh pergi dan balik di Jeti yang berbeza sebab kami naik bas (sewa bas).



Pesanan naik feri

1. Beli tiket awal
  • Beli tiket feri se -awal boleh apabila jadual feri telah keluar. Biasa sebulan sebelum, dah keluar. 
  • Elakkan beli secara walk-in terutama Jumaat atau Sabtu, Cuti Sekolah atau public holiday. Waktu peak season ni takut tiket habis terutama jika datang dengan bilangan ramai.
  • Kalau booking resort/ chalet melalui ejen, cuba juga tanya kalau mereka boleh arrangekan tiket feri sekali.

2. Beli tiket online
  • Tiket feri boleh dibeli secara online (link di bawah) atau tempahan melalui telefon.
  • Elakkan beli secara walk-in terutama Jumaat atau Sabtu, Cuti Sekolah atau public holiday. Waktu peak season ni takut tiket habis terutama jika datang dengan bilangan ramai.

👉🏻BELI TIKET FERI ONLINE👈🏻


3. Harga Tiket
  • Purata tambang dalam lingkungan RM70-RM80 untuk pergi balik.
  • Ada waktu tertentu, boleh dapat RM20 sehala terutama weekdays. Ni kena beli online dan awal.
4. Re-confirm tiket
  • Hubungi semula pihak syarikat feri beberapa hari sebelum untuk re-confirm tiket dan jadual perjalanan.
  • Jadual feri mungkin alami perubahan bergantung kepada pasang surut air serta cuaca.
5. Sampai awal 
  • Bagi yang memandu, lagi awal lagi bagus untuk uruskan tempat parking kereta.
  • Sampai awal sebab perlu redeem tiket (boarding pass).
  • Jangan lupa beli tiket Fi Pemuliharaan Taman Laut
6. Tiket "Fi Pemuliharaan Taman Laut" / Marin Park Conservation Fee
  • Perlu beli sebelum menaiki feri. Ada kaunter di terminal jeti feri.
  • Harga setiap orang 
    • Malaysian RM 5 (dewasa)/ RM 2 (kanak-kanak / warga emas)
    • Non-Malaysian RM 30 (dewasa)/ RM 15 (kanak-kanak / warga emas)
7. Masa Perjalanan 
  • 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Bergantung kepada lokasi jetty / kampung di Pulau Tioman.
8. Jeti tempat turun di Pulau Tioman 
  • Dapatkan maklumat dari pihak resort, lokasi jeti di Pulau Tioman yang terdekat dengan resort. 
  • Kalau datang dengan pakej, tanya ejen nama jeti yang perlu turun. 
  • Feri akan berhenti dibeberapa kampung/jeti di Pulau Tioman. 
  • Alert nama jeti apabila disebut. Jangan turun di salah jeti pulak.
9. Simpan tiket , kadang-kadang akan diperiksa di dalam feri.

10. Mabuk laut

  • Nak elak mabuk laut, boleh makan pil elak mabuk 1 jam sebelum naik feri. 
  • Dalam feri ada disediakan plastik hitam.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN PULAU TIOMAN

MASA YANG SESUAI KE PULAU TIOMAN

HOTEL/RESORT DI PULAU TIOMAN